♔DUGAAN RAMADHAN♔
Penyatuan dua hubungan melalui keluarga kadang-kadang ia membawa kebahagiaan , tetapi ia juga dapat memberi kesakitan dan kesedihan kepada pihak lain . Terutamanya apabila cinta itu bertepuk sebelah tangan mahupun keluarga sebelah pihak tidak merestui hubungan mereka.

Bermulanya perkenalan si lelaki A yang berasal dari KUANTAN,PAHANG telah berpindah ke UTARA disebabkan kerjayanya. A telah bertemu dan berkenalan dengan seorang gadis yang masih muda berumur dalam lingkungan 20an iaitu E. Perkenalan mereka hanya bermula dari laman sosial WECHAT. Kali pertama bertemu mereka hanya sebagai rakan biasa , tiada perasaan sayang mahupun suka . Tetapi lama kelamaan mereka semakin rapat. 

Masing-masing memendam perasaan mereka kerana takut akan perpisahan . Suatu hari mereka berselisih faham kerana si E telah menulis satu status dilaman wechat dan ianya menyebabkan si A terasa akan status tersebut. dan mengakibatkan mereka terpisah dan terputus hubungan . Agak lama juga mereka menyepi dan pada malam tahun baru mereka telah berhubung kembali. Mungkin masing-masing rindu antara satu sama lain cuma agak ego sedikit. Si E telah memberi banyak alasan kepada A kerana malas dan masih lagi terasa akan sikap A.

Hanya berhubung melalui fone , dan akhirnya mereka berjumpa kembali. Mungkin perasaan pada masa tu masing-masing rindu dan makin hari makin rapat. Dan pada masa itu jugak lah mereka tak dapat menahan perasaan masing-masing, terbongkar jugak akhirnya perasaan mereka. Suka akan satu sama lain, sayang akan satu sama lain tapi takut untuk declare 'couple'. Hanya sebagai teman rapat dan teman istimewa.

Kali kedua mereka berselisih faham kerana sikap si E yang suka memberi alasan untuk berjumpa dengan si A. Mungkin kali ini tidak lama mereka menyepi .Dalam masa terdekat juga mereka berhubung kembali kerana mungkin menganggap ia hanya kesilapan kecil dari kedua belah pihak . Sikap si E yang suka memberi alasan tidak berjumpa dengan si A kerana keluarga si A telah membantah hubungan mereka.

Amat mendalam ingatan si E apabila si A telah bercerita tentang ahli keluarganya yang mahu menyatukan dia dan seorang lagi gadis dari kampung , Disebabkan itu lah si E cuba menjauhkan dirinya dari si A . Hanya mampu mengalirkan air mata tiap kali perasaan rindu itu datang , ingatan tentang kenangan bersama terulit. Cuba mampu bertahan dengan semua dugaan ini.

Tapi mungkin pada kali ini , semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Bulan ramadhan menjadi saksi bahawa cinta ini tidak lagi mampu berterusan sampai bila-bila. Si A telah menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan gadis pilihan keluarga dari kampung. penyatuan pertunangan mereka akan berlansung tidak lama lagi selepas hari raya aidilfitri ini. Si E cuba tabahkan hati dan kuatkan semangat mengharungi semua detik ini. Mungkin ini takdir yang sebetul-betulnya.

Si E hanya mampu berdoa agar cinta dan kasih sayang pada si A tidak akan pernah hilang walaupun wujudnya jejaka lain . Si E berharap agar dia membuat keputusan sebaik-baiknya agar kedua belah pihak akan bahagia buat selamanya . Biar cinta ini kekal dan mekar hanya dalam hati walaupun tidak mampu menerima hakikat dan dugaan ini.

HANYA TANGISAN AIR MATA TIAP HARI TIAP MALAM , TIAP MASA MAMPU MENGHILANGKAN RASA RINDU PADA A. HANYA SERINGKAS DOA BUAT SI A AGAR BAHAGIA SELAMANYA....

Hearts, eira syirah

/ Future ♥