♔KEBUNTUHAN♔

Pendam itu menyakitkan tapi ia mampu membahagiakan orang lain.Baru-baru ini jejaka F telah memberitahu gadis E bahawa cinta lama dia sudah kembali , tahu akan perasaan gadis E pada masa itu ? Kepedihan , kesengsaraan , ketakutan semuanya ada tapi apa kan daya si gadis E hanya mampu menyimpan luka itu dan mengukir senyuman palsu.


Mungkin apa yang gadis E doakan selama ini ALLAH sedang tunjuk satu persatu , itu yang bermain difikiran gadis E pada masa sekarang , ya ALLAH itu benar .Mungkin memang jodoh mereka bertemu kembali . Gadis E cuba mengelak dari menunjuk perasaannya pada masa itu , mengabaikan setiap soalah yang diajukan.

Mungkin pada masa itu jejaka F agak perasan akan sikap si gadis E dan cuba mengambil hatinya kembali . Pada masa itu lah jejaka F menghantar sesuatu kepada gadis E dalam laman aplikasi whatsup.


Setelah mendengar laungan suara jejaka F menyanyi , luluh hati gadis E . Pada masa itu hanya airmata yang mampu mengalir sambil berkata alangkah indahnya jika semua ini kenyataan tapi apakan daya aku hanya bayangan didepannya. Pada masa itu lah gadis E cuba memberi clue tapi hancur hati berderai apabila jejaka F hanya mampu membalas jangan sayangi dirinya. Mungkin ia tidak akan terjadi sama sekali. Gadis E telah berniat dia akan cuba menjauhkan dirinya dari jejaka F kerana mungkin ingin membuang perasaan sayang dan kasih itu jauh jauh , dengan ini bermulahlah penjauhan satu hubungan yang didiamkan.


Hearts, eira syirah

♥ Past