♔PENDAM DIAM DAN TERUS PENDAM♔
Pertemuan dan perpisahan itu sudah ditakdirkan . Kita hanya mampu menerima dengan hati yang terbuka . Disaat hati ini dalam kesedihan dengan penuh duri , takdir telah mewujudkan seseorang didalam kehidupunnya dalam masa yang singkat.Pertemuan itu telah menjadikan sigadis ini kembali ceria dan lupa akan masa lalunya.

Jejaka F telah datang menghantui kehidupan gadis E . Pada masa itu tiada apa lagi yang ada difikiran gadis E kerana mungkin jejaka F telah menambat hatinya . Yaa mungkin ianya terlau awal tapi hati dan perasaan seorang wanita tidak lagi mampu memendam segala perasaan yang ada , mungkin dengan cara inilah gadis E mampu melupakan perkara lalu. Pertemuan kali pertama dengan jejaka F adalah pertemuan yang tidak dijangkakan .

2/6 pada jam 9 malam bersaksikan cahaya bulan bermulalah perkenalan dan pertemuan buat kali pertama . Masing-masing saling bertanyakan soalan tentang diri mereka . Jejaka F telah membawa sigadis E ke sebuah acara dimana dia sedang bertugas. Sigadis E agak malu pada masa itu kerana ia adalah kali pertama bersua muka , apatah lagi mahu turun dari kereta dan berkenalan dengan kawan baik jejaka F .Sigadis E tidak lansung keluar dari kereta dan sanggup tunggu sijejaka F sehingga selesai kerja walaupun ianya agak membosankan.

Pujukan dan rayuan jejaka F pada gadis E hanya pujukan yang tidak diterima gadis E . Pada masa itu jugak lah sigadis E cuba berbuat buat merajuk kerana jejaka F telah menjanjikan bahawa pada malam itu hanya pertemuan mereka berdua bukannya pertemuan beramai ramai . Jejaka F buntu akan sikap gadis E tetapi pada masa yang sama dipujuk dirayu . Pujukan manja jejaka F telah mencairkan hati gadis E . Siapalah yang tak akan makan pujuk rayu seorang jejaka yang sweet sangat!

Tahu akan sikap dan salah gadis E, sigadis E telah memohon maaf. Mungkin pada masa itulah juga jejaka F terasa sampai kehati. 3/6 adalah pertemuan kali kedua mereka . Menonton movie bersama-sama , pada masa itu lah hubungan mereka amat intim seperti pasagan kekasih cuma pada hakikatnya mereka hanyalah sebagai kawan rapat. Mungkin terlalu awal tapi pada masa itulah gadis E telah jatuh cinta akan sikap jejaka F.


Tidak dinafikan lagi gadis E sememang nya jatuh cinta dan sayang pada jejaka F tapi takut mungkin cinta dia tidak dibalas. Semakin lama perkenalan mereka , semakin jauh rasanya hubungan mereka , mungkin disebabkan sigadis E berada dikampung dan si jejaka F di seberang pulau . Tapi cinta dan sayang gadis E tak pernah pudar dan hilang pada jejaka F  Agak terasa dan makan hati pada mulanya bila jejaka F mengakui bahawa dia banyak kawan perempuan dan mengaku dia tidak akan bercinta lagi buat masa sekarang disebabkan masa silam dan kenangan bersama ex.

Luluh hati gadis E pada masa itu dan hanya mampu diam sambil mengukir senyuman palsu pada jejaka F.Tiap kali mereka bertemu bertambah lagi sayang itu pada jejaka F tapi mungkin benda ini tidah perlu dihebohkan . Semakin hari jejaka F semakin jauh , agak terasa sigadis E apabila dia hanya dicari pabila diperlukan . Sehingga sekarang lah ianya berterusan seperti biasa . Dan sampai kehari ini jugak lah gadis E menyimpan perasaan cinta itu agar jejaka F tidak tahu.



CINTA MEMERLUKAN PENGORBANAN. BIARLAH KITA SEDIH ASALKAN ORANG YANG KITA SAYANG BAHAGIA. BIARLAH HATI KITA LUKA BERDARAH AGAR HATI ORANG YANG KITA SAYANG TETAP MERAH DAN TERUKIR "LOVE"

Hearts, eira syirah

♥ Past / Future ♥